"TIPS PEMAKAIAN PERFUME AGAR
TAHAN LAMA"
--------------------------1. Guna minyak wangi sebelum siap berpakaian kerana:-
* minyak wangi boleh mengotorkan pakaian dan ianya akan hanya melekat di pakaian.
* jika kita menggunakan minyak wangi secara terus pada badan, ia akan diaktifkan oleh haba semulajadi badan kita.
2. Sembur, bukannya menggosok
* perbuatan mengosok boleh menghancurkan molekul wangian tersebut, lantas menyebabkan bau menjadi berbeza.
* Sebaliknya, hanya semburkan minyak wangi, kira-kira 15-25 cm daripada kulit kita. Semburan ringan akan menyebarkan bau yang sama rata pada badan.
3. Di mana perlu menyembur minyak wangi?
* Tempat yang terbaik untuk menggunakan minyak wangi adalah pada titik nadi badan seperti bahagian belakang telinga, pangkal tekak, pergelangan tangan, siku dan belakang lutut.
4. Lembapkan kulit sebelum menggunakan minyak wangi
* Kajian saintifik menunjukkan bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak, berbanding kulit kering.
* Oleh itu, jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan menggunakan pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum menyembur minyak wangi, ia akan membantu bau wangian tahan lama.
5. Simpan wangian di tempat yang betul
* Lindungi minyak wangi daripada kelembapan, haba dan cahaya.
* Selain itu, digalakkan untuk membeli minyak wangi dalam botol semburan kerana ia akan membantu untuk mengelakkan penyejatan aroma dan tindak balas kimia dengan udara.
MOGA TIPS YANG DIBERIKAN BERMANFAAT UNTUK ANDA
"Ingat Wangi, Ingat PIOR"
Ikhlas
Admin Pior Boutique
Untuk tempahan/katalog Whatsapp ke 0175037236
