MINYAK WANGI SEBAGAI DAYA PENARIK????

Bolehkah Minyak Wangi Membuatkan Anda Kelihatan Lebih Menarik?
Dalam satu kajian yang dibiayai oleh Unilever dan dilaksanakan oleh neuroscientists dan ahli psikologi di Amerika Syarikat dan Sweden, wajah wanita akan lebih menarik dengan kehadiran bau yang menyenangkan ,menunjukkan bahawa penggunaan minyak wangi dan produk wangi boleh mengubah bagaimana kita melihat orang lain.
Terbitan dalam jurnal PLoS 1, kajian meminta peserta kebanyakannya adalah wanita, untuk memberikan penilaian kepada daya tarikan dan umur kepada 8 gambar wajah wanita.
Ketika sedang menilai gambar-gambar itu,mereka disembur dengan bau minyak ikan dan minyak rose dengan kepekatan berbeza.
Para peserta telah diminta untuk menilai usia muka, daya tarikan muka, dan kesedapan bau.
Hasil kajian menunjukkan bahawa ' bau wangi ' secara langsung
mempengaruhi penilaian daya tarikan muka tetapi tidak banyak
mempengaruhi penentuan umur.
" Kesedapan Bau dan daya tarikan muka berintegrasi ke dalam satu penilaian emosi bersama, " jelas penulis utama Janina Seubert , yang melakukan penyelidikan di Monell Senses Kimia Center di Pennsylvania.
Menurut saintis , satu lagi cara untuk membuat diri anda lebih menarik adalah dengan sentiasa berada atau dikelilingi oleh rakan-rakan.
SALAH SATU FAKTOR ORANG MENILAI KECANTIKAN ADALAH
"EMOSI".
JIKA ANDA BERBAU WANGI.... ANDA AKAN KELIHATAN
LEBIH MENARIK DAN CANTIK.


Semoga Bermanfaat
Ikhlas
Admin Pior Boutique
p/s: Untuk tempahan atau pertanyaan
Whatsapp : 0175037236



JANGAN!!!!!!!!!!!

Tips JANGAN dalam menyimpan Perfume
1) Jangan letak di tempat panas
2) Jangan letak di tempat sejuk berlebihan
3) Jangan letak di dalam kereta
Simpan pada suhu bilik.
Tapi jika baunya agak merosot sebab dah terkena panas, anda boleh letakkan sebentar ke dalam peti sejuk anda.
JANGAN letak dalam tempat beku Pulak.

Semoga Bermanfaat
Ikhlas
Admin Pior Boutique
p/s: Untuk tempahan atau pertanyaan
Whatsapp : 0175037236


MACAM MANA NAK PAKAI PERFUM & KESILAPAN YANG BIASA ANDA LAKUKAN

Rugi Tak Tengok!!

Baru-baru ni saya terjumpa satu video yang menerangkan banyak perkara mengenai perfume.
Apa yang diterangkan?
1) Jenis-jenis perfume
2) Cara menggunakan perfume mengikut jenis perfume
3) Bagaimana nak memilih perfume yang sesuai
4) Masa yang sesuai untuk pakai perfume
5) Tempat yang sesuai untuk semburkan perfume
6) Dan beberapa maklumat yang sangat berguna
Saya mencadangkan agar anda juga menonton video ini...
Kepada penggemar perfume memang rugi kalau tak tengok!!
SIla klik disini:



Anda dapat sesuatu?
Semoga Bermanfaat
Ikhlas
Admin Pior Boutique

Untuk tempahan/katalog Whatsapp ke 0175037236


2 SEBAB PERFUME SEBAGAI HADIAH YANG SANGAT SESUAI UNTUK PASANGAN

1) Menunjukkan perhatian
Apabila kita membelikan perfume kepada seseorang, sudah pastilah kita akan memilih perfume yang sesuai dengan karekter atau bau yang kita suka.
Bayangkan anda dan pasangan suka dengan bau masing-masing? Sudah tentu hubungan menjadi bertambah baik.
Bau kan terapi.
Pasangan akan lebih mudah tersentuh dengan bau-bau yang menyenangkan lebih-lebih lagi anda ada seseorang yang sentiasa di samping anda.

2) Menjadikan perhubungan lebih intim
Anda nak nafikan kenyataan ni? Terpulang...
Menghadiahkan perfume adalah sesuaitu yang sangat romantik. Ini kerana anda dapat menunjukkan kasih sayang,perhatian dan tarikan.
Agak-agak sama tak apabila kita mendapat baju, kain pasang, kek dan lain2 berbanding kita dapat perfume yang sangat disukai dan dipakai berkali-kali.
Jadi, inilah keistimewaan perfume untuk dijadikan hadiah yang sangat istimewa. Nampak macam biasa tapi kesannya amat luar biasa.
So.. cuba la lepas ni sebagai -
1) Hadiah ulang tahun perkahwinan
2) Hadiah hari lahir
3) "Hadiah Kejutan" - untuk suprise pasangan anda.

Anda dapat sesuatu?
Semoga Bermanfaat
Ikhlas
Admin Pior Boutique

Untuk tempahan/katalog Whatsapp ke 0175037236
p/s : TERKINI ! Wish Card + Perfumes.. pemberian anda akan lebih bermakna.







PERFUME MEMBERI KESAN PSIKOLOGI- KATA PAKAR

Seorang pelakon dan pelawak popular, Ebby Yus, 42, berkata, minyak wangi telah menjadi kegemarannya sejak di bangku sekolah. Sehingga kini, minyak wangi bagi Ebby Yus menjadi sesuatu yang wajib dipakai pada diri setiap masa.
“Dengan memakai minyak wangi saya percaya ia mampu memperbaiki persepsi negatif terhadap kita. Dalam erti kata lain, walaupun wajah kita kurang cantik atau tidak kacak tetapi apabila memakai minyak wangi yang sesuai ia mampu membuatkan orang yang berada berhampiran kita tertarik.
“Misalnya seseorang lelaki yang tidak kacak dan tiada teman wanita dan memakai minyak wangi kemungkinan boleh menarik wanita mendampinginya,” kata Ebby Yus tersenyum mencerita pengalaman dirinya.
Sementara itu, pakar perunding psikologi dan psikiatri, Unit Perubatan Tingkah laku-Saraf Kedah Medical Centre, di Alor Star, Kedah Dr. Wan Mohd. Rushidi Wan Mahmud berkata, wangi-wangian mampu meredakan tekanan.
“Wangi-wangian yang dihasilkan daripada minyak wangi dan bahan beraroma mampu membuatkan seseorang terkesan dari segi psikologi dalam erti kata melegakan tekanan atau stres ringan.
“Namun, jika seseorang itu mengalami tekanan sehingga menyebabkan kemurungan ia tidak akan berkesan lagi dan perlukan rawatan perubatan segera dilakukan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Jelasnya, bau aroma minyak wangi tidak mampu menyembuhkan penyakit secara terus tapi ia membantu seseorang individu dan mereka di sekelilingnya berasa senang dan tenang seperti kita melihat lautan biru yang luas terbentang.
Sumber:- Kosmo
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz3zowU23Ks

Anda dapat sesuatu?
Semoga Bermanfaat
Ikhlas
Admin Pior Boutique


Untuk tempahan/katalog Whatsapp ke 0175037236

BAHAN-BAHAN DAN KESESUAIAN WANGIAN TERSEBUT DENGAN JANTINA

BAHAN & KATEGORI



KETERANGAN BAHAN


Anda dapat sesuatu?
Semoga Bermanfaat
Ikhlas
Admin Pior Boutique

Untuk tempahan/katalog Whatsapp ke 0175037236

"TIPS PEMAKAIAN PERFUME AGAR 
TAHAN LAMA"
--------------------------------------------------------
1. Guna minyak wangi sebelum siap berpakaian kerana:-
* minyak wangi boleh mengotorkan pakaian dan ianya akan hanya melekat di pakaian.
* jika kita menggunakan minyak wangi secara terus pada badan, ia akan diaktifkan oleh haba semulajadi badan kita.

2. Sembur, bukannya menggosok
* perbuatan mengosok boleh menghancurkan molekul wangian tersebut, lantas menyebabkan bau menjadi berbeza. 
* Sebaliknya, hanya semburkan minyak wangi, kira-kira 15-25 cm daripada kulit kita. Semburan ringan akan menyebarkan bau yang sama rata pada badan.

3. Di mana perlu menyembur minyak wangi?
* Tempat yang terbaik untuk menggunakan minyak wangi adalah pada titik nadi badan seperti bahagian belakang telinga, pangkal tekak, pergelangan tangan, siku dan belakang lutut. 

4. Lembapkan kulit sebelum menggunakan minyak wangi
* Kajian saintifik menunjukkan bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak, berbanding kulit kering. 
* Oleh itu, jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan menggunakan pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum menyembur minyak wangi, ia akan membantu bau wangian tahan lama.

5. Simpan wangian di tempat yang betul
* Lindungi minyak wangi daripada kelembapan, haba dan cahaya.
* Selain itu, digalakkan untuk membeli minyak wangi dalam botol semburan kerana ia akan membantu untuk mengelakkan penyejatan aroma dan tindak balas kimia dengan udara.

MOGA TIPS YANG DIBERIKAN BERMANFAAT UNTUK ANDA

"Ingat Wangi, Ingat PIOR"


Ikhlas
Admin Pior Boutique


Untuk tempahan/katalog Whatsapp ke 0175037236